Dikala Masalah Melanda Aliff Syukri, Tiba Tiba Ali Puteh Hantar Whatsapp Pada Aliff Dan Apa Yang Dikata Oleh Ali Buat Aliff Terkejut

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sedih dan tertekan, selepas menerima teguran ibunya, Rozita Ibrahim secara terbuka di laman Instagram, dua hari lalu.

Penyanyi lagu Bobo Di Mana dan Abang Nak Tegur itu berkata, dia merasa seolah-olah tiada siapa berada di sisi menyokong ketika ditimpa ujian.

Menyifatkan minggu lalu menjadi fasa paling sedih dalam hidup selepas dihimpit pelbagai ujian, Aliff berkata, disebabkan perkara yang berlaku dirinya hampir mengambil tindakan di luar kewarasan fikiran.

“Saya hampir mahu bvnuh diri akibat terlalu tertekan. Bukan soal mak sahaja, perkara lain yang terjadi seperti satu pakej lengkap.

“Tetapi, macam mana pun, saya sudah meminta maaf dan ampun dengan mak. Saya pergi berjumpa mak dan menceritakan hal sebenar. Kami berpeluk dan menangis bersama.

“Saya tahu bersalah dan menghormati teguran diberikan. Saya tak mahu perkara ini menjadikan saya sebagai anak derhaka, selain enggan netizen memperbesarkan isu ini,” katanya kepada BH Online.

Tidak Salahkan Ibunya..

Alif berkata, mungkin berlaku salah faham, tetapi dia tidak menyalahkan ibunya.

“Ini bukan bermaksud cakap mak saya tak betul, cuma saya menghargai tegurannya. Saya berjanji akan mengikut segala nasihatnya.

Unfollow Datin? 

“Anak-anak saya kini bahagia,” katanya ringkas. Selain itu, Aliff juga menafikan rumah tangga bersama Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid bergolak, selepas tidak lagi mengikuti akaun IG masing-masing.

“Tiada apa-apa berlaku antara kami. Saya dan isteri cukup bahagia melayari hidup bersama,” katanya.

Mengaitkan single terbaharu, Cuba Bahagia sebagai simbolik tidak bahagia bersama keluarganya, Aliff turut menidakkan dakwaan berkenaan.

Ali Puteh Whatsapp Aliff Syukri

“Baik rupanya Ali Puteh” ini kata kata yang ditulis oleh Dato Aliff Syukri di dalan instagram rasmi beliau.

Menurut Dato Aliff, ini bukan kali pertama Ali Puteh berhubung dengan Aliff Syukri.

Apa yang Ali Puteh bagi nasihat betul betul menyentuh hati Dato Aliff.

Selepas itu ibunya juga meninggalkan komen pada posting instagram beliau.

Seorang individu telah meninggalkan nasihat untuk Dato Aliff Syukri.

Artikel By: Viddy Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *