Cikgu Ini Minta Semua Salin Nota Kelas Tambahan, Cikgu Ini Nampak Seorang Anak Murid Terbongkok Bongkok. Bila Diperiksa Terkejut Cikgu Ini

Orang kata cikgu ini adalah antara cikgu paling berpengaruh dalam Malaysia. Siapakah cikgu bernama Mohd Fadli Salleh ini?

Beliau yang mendapat gelaran ‘Cikgu Korea’ dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Julai 1983. Guru yang berusia 35 tahun ini mendapat pendidikan awal di Sk Kamil (1) sebelum meneruskan pelajaran ke MML hingga tingkatan 3.

Beliau yang dimaksudkan adalah Cikgu Fadli Salleh yang mempunyai lebih 331,000 followers Di Facebook.

Guru yang berpengalaman lebih 13 tahun ini mula menjadi bualan dan ikutan netizen di Facebook setelah video pengajarannya tular hingga mendapat lebih sejuta view.

“Cikgu. Saya lupa bawa buku Matematik. Nak salin kat mana nota ni?”

Aku ajar kelas tambahan. Buat kelas percuma je setiap Selasa dan Rabu kat budak-budak ni memandangkan UPSR dah tak lama dan masih ramai murid lemah.

Kebetulan hari tu tak ada subjek Matematik, jadi masa kelas tambahan memang ada yang tak bawa buku.

“Cikgu. Saya lupa bawa buku Matematik. Nak salin kat mana nota ni?”

“Awak salin je mana-mana. Asalkan nota tu siap. Kalau tak, awak yang siap.”

Maka tekun la murid menyalin nota. Tiba-tiba aku perasan si Muaz ni terbongkok-bongkok menconteng tangan sendiri.

“Muaz! Buat apa lagi tu! Salin cepat! Cikgu nak padam nak bagi kerja pula ni,” jerkah aku.

“Ye lah cikgu. Saya tengah salin la ni,” balas Muaz sambil sengih-sengih.

Aku pelik dah masa ni. Takkan dia salin kat tangan sendiri mentang-mentang aku cakap salin je kat mana-mana. Aku panggil dia datang depan.

MasyaAllah this boy. MasyaAllah!

Sahih! Dia salin kat tangan sendiri. Murid lain yang tengah buat kerja berdekah gelak. Aku cuma mampu geleng kepala ja.

Nak dimarah, dia datang kelas tambahan pun dah syukur sangat dah. Lagi pun, dia tak ada salah. Dia ikut je arahan aku.

Muaz, Muaz. Kalaua tak dapat A juga Matematik dalam UPSR cikgu tak tahu lah. Sampai penuh lengan dengan nota dah ni.

Harap meresap masuk ke otak terus jadi bijak dan pakar Matematik. Amin.

Aku ambil gambar kemudian cakap

“Suatu hari nanti bila awak berjaya, awak ingat kejadian hari ini. Cikgu nak letak kat Fb buat memori.”

Dia sengih-sengih je. Geram ada, kelakar ada. Tapi tak apa, semangat tu dia ada. Itu aku paling suka!

Sumber : Facebook Mohd Fadli Salleh

Artikel by: Viddy Media

Sebarang salin semula tidak dibenarkan tanpa kebenaran pihak Viddy Media. Laporan hakcipta akan dibuat jikan salin semula tanpa kebenaran dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *