Diva Azwan Ali Dedahkan Sesuatu Yang Orang Tak Tahu Tentang Video Dia Marah DBKL Sebab Saman Parking

Video di muat naik selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang bertindak memaki hamun pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mendapat perhatian.

Dia bertindak demikian apabila keretanya yang di parkir telah disaman pihak DBKL sedangkan mesin bayaran pakir di kawasan berkenaan rosak. Walaupun dia tidak memaki secara berhadapan dengan pegawai tersebut, pihak DBKL telah memberi respon berkenaan isu itu.

Maki hamun lepas kena saman

Dalam video tersebut, Diva AA memuat naik video memaki hamun penguatkuasa DBKL yang telah menyaman keretanya yang diparkir di kawasan letak kereta di Bangsar.

Dia juga dilihat telah meninggalkan nota di cermin kereta dengan memberitahu meter parkir di kawasan tersebut telah rosak. Oleh sebab itu dia tidak dapat untuk membuat pembayaran.

RESPOND DBKL TERHADAP AZWAN ALI

Mesin Parking DBKL yang dikatakan rosak oleh Azwan Ali

Saya pelik dengan Diva AA ini. Anggota kita menjalankan tugas. Ada ruang untuk Diva AA terbabit datang berjumpa Pegawai Kompaun dan masa itu ceritalah puas-puas apa sebenar berlaku.

Negara kita bukan negara komunis. Semua rakyat berhak dan diberi hak untuk bersuara, mendapatkan hak adil walaupun melakukan kesilapan.

Janganlah oleh kerana kita terkenal dipuja orang kita boleh sesuka hati memaki hamun anggota perkhidmatan PBT

RUPANYA VIDEO LAMA KENAPA SEKARANG BARU NAK RESPOND?

Kenapa saya dah maki berbulan-bulan, baru DBKL terhegeh-hegeh nak berikan maklum balas. Video itu episod pertama dua bulan lalu. Baru sekarang nak bertindak?

Bagi saya isu DBKL bukan perkara baru kerana kebanyakan mesin bayaran parkir di Bangsar sering rosak.

Sementara itu, Azwan yang dihubungi berkata, tindakan yang dilakukannya itu berasas dan bukan kosong. Isu ini sudah lama disuarakan olehnya dan baru kini DBKL membuat maklum balas.

Azwan mengakui tidak hairan sekiranya ada mana-mana pihak mahu mengambil tindakan terhadapnya. Menurutnya, dia bangga kerana tindakannya ini mendapat sokongan ramai pihak yang sudah lama bersabar dengan kerenah DBKL.

Sumber : OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *