Semalam Semua Pergi Pasaraya, Hari Ini Balai Polis Pula Penuh. Gambar Dan Video Rakyat ‘Serbu’ Balai Polis Jadi Tular

Orang ramai yang berhasrat mengadakan sebarang perjalanan antara negeri kini perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis, lapor Awani.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Mereka dikehendaki menghubungi balai polis berdekatan untuk memaklumkan mengenai hasrat itu menerusi borang yang disediakan.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya sudah bersedia sejak dua minggu lalu untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa esok.

“Untuk mengawal pergerakan dari satu negeri ke negeri atau daerah, interstate, sebab eksesais ini amat perlu. Kita yakin ia akan dapat menyekat penularan dari satu negeri ke satu negeri.

“Apa yang perlu dibuat oleh orang ramai apabila timbul keperluan misalnya tinggal di Kuala Lumpur hendak balik ke Sarawak, dia perlu maklumkan kepada Ketua Polis Balai mengenai hasrat itu dan polis akan beri dokumen menyatakan bahawa pembawa dokumen ini telah memaklumkan kepada polis, bahawa dia perlu lakukan perjalanan ini atas sebab demikian,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

BALAI POLIS PENUH

Orang ramai mula membanjiri beberapa balai polis sejak pengumuman sekatan keluar antara negeri atau domestik yang akan berkuat kuasa pada malam ini.

Antara balai polis yang terlibat yang dikongsikan oleh netizen adalah balai polis Sg Besi, Seksyen 6 Shah Alam, Serdang dan Tg Malim

 

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas pada Isnin menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Artikel By: Viddy Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *