Bapa Ini Pakai Baju Dinosaur Sama Dengan Baju Anak. Ini Sebab Kenapa Isteri Beli Baju Sedondon

Kebahagiaan bukanlah diukur dengan wang ringgit semata-mata. Bagi kehidupan berumahtangga, kasih sayang antara keluarga merupakan sesuatu yang paling indah.

Seperti perkongsian lucu lelaki ini, dia terpaksa ‘sarung’ baju tidur bercorak dinosaur yang dibelikan isteri. Baju tidur tersebut dipakai sedondon bersama anak-anak dan isteri.

Dipakaikan baju dinosaur

CINTA ITU PENGORBANAN
“Bang!! Baju kita dah sampai” Aikkkk. Bila aku beli baju?
“Cuba laaa pakai… Mesti comey” Yer laaaa. Yer laaa. Berjalan masuk bilik dan salin pakai baju dinosor. Lepas tarik nafas 3 4 kali. Aku buka pintu bilik. Taaadaaaaaaaaaaaaaa. Saat tuu aku tengok bini aku dah tertiarap berbuih mulut sebab gelak kat aku. Cuuihhhhh. Dia tak pernah tengok citer dinosor ke? TRex semua ganas-ganas tau. Ceeiiitttt. Ko gelak pehal? Tak pernah tgk dinosor gemok?

Kita sebagai lelaki. Persiapan paling penting untuk hadapi alam perkahwinan adalah rendahkan ego kita supaya kita dapat bergaul sebati dengan anak-anak dan isteri kita. Melihat mereka bahagia adalah puncak pencapaian tertinggi kita sebagai seorang suami. “Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya”.

Mereka hanya perlukan kita

Mewahkan dan lambakkan mereka dengan harta bukanlah satu-satunya jalan untuk bahagia. Adakah mereka impikan rumah banglo sebesar istana? Tidak.
Adakah mereka impikan kenderaan mewah bagaikan raja? Tidak.
Adakah mereka inginkan makanan sedap bagaikan santapan si putera? Tidak.
Mereka hanya perlukan KITA. Yaaa. KITA. Kita hanya perlu jadi seorang suami yang wujud melayani mereka sehendaknya.
Sayangi keluarga kita.
Hazwan Hj Yusof (Papa Dinosor)
29 Jun 2020

Menurutnya, melihat isteri dan anak-anak ketawa keseronokan sudah cukup membuatnya bahagia. Baginya tidak salah untuk merendahkan ego dan turut serta dalam aktiviti anak untuk merapatkan lagi perhubungan kekeluargaan. Sporting habis!

Sumber : Hazwan Hj Yusof via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *