Ramai Rakyat Akan Terkesan Kerana Cuti Tanpa Gaji. Ini Cadangan Najib Razak Kepada Kerajaan Baru

Sejak pertambahan jumlah pesakit COVID-19 di negara kita semakin bertambah, kini esok Malaysia diarahkan akur dengan perintah berkurung daripada kerajaan, sekaligus ada dalam kalangan para pekerja bakal mendapat cuti tanpa gaji.

Justeru, peka dengan masalah tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman akan menyediakan bantuan kewangan buat pekerja diberi cuti tanpa gaji.

Najib komen isu bantuan rakyat

Meskipun bukan lagi Perdana Menteri, melihat isu penularan virus COVID-19 ini semakin serius, membuatkan Datuk Seri Najib Razak terpanggil untuk memberi padangan beliau berkenaan isu kebajikan rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau telah mengeluarkan pandangannya berkenaan bantuan kewangan yang bakal diterima oleh rakyat daripada pihak kerajaan.

Benarkan pencarum KWSP keluarkan simpanan

Antara komen beliau yang mendapat perhatian adalah, berkaitan isu simpanan KWSP, apabila beliau menyarakan kerajaan agar memberi peluang kepada pencarum untuk mengeluarkan baki akaun 2 simpanan di saat-saat genting seperti ini.

Peniaga kecil dan pemandu e-hailing juga perlu bantuan

Malah, antara yang difokuskan juga adalah para peniaga-peniaga kecil serta pemandu e-hailing dan Teksi yang terpaksa hentikan perniagaan perlu diberikan bantuan.

Perkongsian bekas Perdana Menteri Malaysia itu mendapat 24 ribu tanda suka, 2.1 ribu komen dan 4.3 ribu perkongsian daripada netizen, rata-ratanya bersetuju dengan cadangan tersebut.

Sumber : Najib Razak

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *