Datin Shahida Bercerai Dengan Dato Aliff Syukri? Ini Respond Datin Shahida Tentang Itu

Datin Shahida yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke 35 2 hari lalu di salah sebuah pusat anak yatim nampak semakin happy dan bahagia di samping anak anak.

Datin yang selalu memuat naik gambar bersama anak anak di ruangan instagramnya sering mencuri perhatian netizen apabila rata rata pengikutnya sangat suka dengan gelagat anak anaknya terutamanya si kecil Yusof dengan anak angkatnya Ameena.

DITANYA ADAKAH DATIN SHAHIDA FAIL CERAI?

ISTERI kepada usahawan kosmetik popukar Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Shahida ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Datin Shahida juga, ada memuat naik gambar terbarunya anak anaknya menyatakan kalau Raudah sudah besar mesti menyelit sekali. Gambar tersebut nampak kegembiraan kesemua anak anaknya termasuklah Ameena.

RESPOND ALIFF SYUKRI SELEPAS DITANYA TENTANG HAL CERAI

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi huga enggan mengulas mengenai perkara itu.

“No komen”, katanya kepada Harian Metro.

Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *