Doktor Ini Luah Perasaan Sedih Bila Ada Yang Sanggup Curi Hand Sanitizer Dari Dalam Hospital Dan Pencuri Siap Bangga

Hand Sanitizer dan Face Mask antara barang paling dicari sekarang. Harga pun boleh tahan mahal, ada face mask mencecah harga RM6 sekeping yang harga asalnya cuma 60sen sahaja.

Hand sanitizer pula sekarang umpama cendawan yang muncul selepas hujan apabila ramai yang ambil kesempatan untuk membuat sendiri dan menjual dengan harga yang amat mahal.

Untuk mendapatkan hand sanitizer yang betul sukatannya amat sukar kerana kebanyakkan farmasi tiada stock.

Dr Mahyuddin Mohamed memuatnaik satu status di Facebook beliau untuk meluahkan rasa kesal dengan segelintir orang mengambil kesempatan termasuk mencuri harta kerajaan dari dalam hospital.

Anda tau, banyak sanitiser kami di hospital dicuri pesakit & pelawat. Ini harta rakyat & kerajaan & bukannya milik peribadi anda!

Adakah anda fikir sanitiser yang bukan hak anda akan melindungi anda drpd COVID19?

Siap bangga tayang di sosial media lagi tu.

Kakitangan kesihatan berkorb4n membahayakan ny4wa, masa dan tenaga untuk anda. Anda pula langsung tidak peduli, selfish & bodoh sombong.

BILA ADA RAKYAT YANG AMBIL SAMBIL LEWA

Hari ini kami ada pesakit yang sedang di kuarantin di rumah tapi datang temujanji ke klinik. Bila ditanya di 2 stesen saringan langsung tidak mengaku. Bila dah sampai berdepan dengan doktor baru la bagitau. Dah la tak pakai topeng muka.

Buat anggota kesihatan, jangan sesekali ambil risiko & percayakan pesakit. Ada yang menipu. Yang nampak educated menipu. Yang nampak alim pun menipu juga.

Sentiasa pakai topeng muka & jaga jarak anda daripada pesakit. Anggaplah semua pesakit berisiko menjangkiti anda.

TOLONG MUDAHKAN KERJA DOKTOR DAN NURSE

Buat rakyat Malaysia, jika anda ada contact dengan orang yang COVID19, mengakulah. Bukannya kami tangkap anda pun kalau anda mengaku.

Kalau anda dikuarantin, duduklah di rumah selama 14 hari. Tak perlu la travel atau keluar rumah. Kuarantin la betul-betul. Tak perlu ke hospital. Temujanji anda boleh ditunda.

Kalau kami semua sakit, siapa yang akan rawat anda?

Sumber : Mahyuddin Mohamed

Artikel By: Viddy Media

Sebarang salin semula tidak dibenarkan tanpa kebenaran dari pihak Viddy Media. Laporan hakcipta akan dibuat jika tanpa kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *