“Eman Manan Kurus Sangat Sebab Takde Job Ke” Nabila Huda Tampil Tangkis Kenyataan Tersebut

Aktres berbakat, Nabila Huda berkongsi foto bersama pelakon senior yang dikaguminya iaitu Eman Manan.

Foto tersebut dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Lelaki ini, auranya lain macam!” tulis Nabila ringkas sebagai kapsyen.

Namun begitu, lain pula yang berlaku di ruangan komen apabila seorang netizen tampil mempertikaikan saiz badan Eman yang dikatakan semakin kurus.

“Kenapa dia makin kurus? Takda job ke sampai kurus kering,” tulis netizen terbabit.

Tidak berdiam diri, Nabila tampil membalas komen itu

“Statement apa ni takda job sampai kurus kering? Kalau orang kurus kering je sebab takda job? Guna otak la bila bercakap please, orang dah makin berumur memanglah makin kurus,” tulis Nabila.

KAWAN HACK KATA DIA

Tidak selepas itu, individu tersebut kembali membalas kenyataan Nabila dengan memohon maaf serta mengatakan akaunnya telah digodam oleh rakannya.

Terdahulu, Nabila dan Nabil Ahmad pernah mengacarakan program Muzikal Lawak Superstar (MLS).

Tonton dan imbas semula semua episod MLS melalui aplikasi Astro Go. Muat turun aplikasi Astro Go di Google Play dan Apple Store sekarang!

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *