Ernie Zakri Dedahkan Sesuatu Yang Istimewa Munkin Akan Berlaku Di Majlis Perkahwinan Dia Dengan Syamel

Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan bahawa dia dan tunangnya, Syamel bakal mengabadikan kisah percintaan mereka dalam sebuah lagu istimewa.

Menurut Ernie, atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, lagu tersebut juga dirancang untuk diterbitkan sewaktu majlis perkahwinan mereka kelak.

Ernie, Syamel Dah Ada Lagu Kahwin Sendiri

“Memang ada juga perancangan daripada pihak Syamel sendiri. Kalau nak terbitkan lagu itu mungkin sewaktu hari perkahwinan.

“Tengoklah macam mana, kalau sempat kami buat. Lagunya sudah ada, cuma, belum betul-betul duduk berbincang lagi. Kalau dapat terbitkan waktu hari perkahwinan nanti pun seronok juga,” katanya kepada Astro Gempak.

Ernie ditemui sewaktu majlis sidang media program realiti nyanyian Immortal Songs di Farm Fresh @ Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Jelas Ernie lagi, lagu duet itu dihasilkan oleh mereka berdua secara bersama-sama.

“Kalau dulu lagu sedih-sedih, tapi lagu itu nanti lebih kepada cerita yang sweet sahajalah,” katanya yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada awal tahun depan.

Sebelum ini, Ernie dan Syamel mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada 15 Ogos lalu.

Berita itu hanya dikongsikan pasangan tersebut kepada pengikutnya di Instagram sehari kemudian.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *