Isteri Hamil Lagi, Mat Dan Bakal Timang Anak Kedua

Pengacara Mat Dan Kaki Jalan, Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler mengumumkan isterinya kini hamil anak kedua.

Mat Dan yang gembira mengumumkan berita tersebut memberitahu bakal menimang cahaya matanya itu pada penghujung tahun ini.

“Salam Aidiladha semua!

“Di sini jugak kita gembira untuk berkongsi beriata yang kami bakal menimang seorang ahli keluarga baru.

“Insya-Allah pada penghujung tahun ini. Doa yang baik-baik saje,” katanya.

Lelaki England yang fasih dengan loghat Terengganu itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama isteri dan anak.

Selebriti media sosial itu memeluk Islam pada 2013 dan nama Islamnya Karief Daniel Abdullah.

Mat Dan berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 2 tahun.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *