Kris Dayanti Melancong Ke Eropah. Netizen Mula Tidak Puas Hati Dan Ini Yang Terjadi

Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti menjadi mangsa kecaman netizen apabila memuat naik foto percutian di laman Instagram ketika dunia sedang dilanda wabak COVID-19.

Sedang bercuti di Eropah bersama suami dan anak-anaknya, penyanyi yang turut dikenali dengan nama KD ini memulakan percutiannya lima hari lalu.

Berkongsi foto-foto menarik sekitar percutiannya bersama keluarga, ruangan komen Instagram KD dihujani dengan kecaman pengikutnya.

Ada yang berpendapat KD tidak sensitif dengan keadaan wabak COVID-19 yang melanda dunia.

Netizen juga menyindir status KD sebagai seorang wakil rakyat di Indonesia yang tidak peka dengan keadaan wabak yang turut melanda negara kelahirannya.

Terdapat juga netizen yang menyarankan agar KD serta keluarga menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas pulang ke Indonesia kelak.

Dalam pada itu, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 673 di Malaysia dengan dua rekod kematian.

Daripada jumlah tersebut, seramai 622 orang sedang dirawat di hospital, manakala 49 orang telah pun pulih.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *