Pelakon Kuza Pecah Rahsia Status Terkini Rumah Tangga

PELAKON Kuza mendedahkan dia sudah bercerai dengan ahli perniagaan Ramyus Sidique sejak tahun lalu selepas 12 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri.

Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, berkata, dia kini selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bersama tiga cahaya matanya.

“Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak setahun yang lalu. Saya berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas kami hidup bersama selama 12 tahun, ” katanya kepada mstar.

Kuza ditemui ketika sidang media pelancaran produk Ali Zahraa dan lagu terbaharu Pelita Lusuh berjudul Kembara Nabawi yang diadakan di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kuza selesa bersama anak-anaknya dan tidak berkongsi kisah peribadi kepada umum.

Bagaimanapun, pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu enggan berkongsi secara terperinci mengenai punca perpisahan mereka.

Katanya, hal berkaitan keluarga terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

“Hal peribadi adalah sangat privasi. Kalau saya rasa perlu untuk berkongsi, saya akan kongsi. Kalau saya rasa tak perlu, lebih baik saya simpan sendiri.

“Anak-anak saya pun perlukan privasi. Jadi, saya perlu hormat mereka juga, ” ujarnya.

Kalau saya rasa perlu untuk berkongsi, saya akan kongsi. Kalau saya rasa tak perlu, lebih baik saya simpan sendiri.
Kuza mendirikan rumah tangga dengan Ramyus pada 2007 dan ia merupakan perkahwinan ketiganya.

Bagaimanapun, menerusi perkahwinan tersebut pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Kuza mempunyai tiga orang anak iaitu Nizam Firdaus, 26, Puteri Nazihah, 25, dan Puteri Nadia hasil perkahwinan terdahulu.

Kuza Enggan Anak-Anak Jadi Artis

Pelakon Tengku Sariza Tengku Muzani atau Kuza tidak menggalakkan anak-anaknya untuk menjadi artis sebaliknya mahu mereka mengutamakan pelajaran.

Kuza, 39, berkata, dia mahu melihat tiga anaknya iaitu Nizam Firdaus, 18, Puteri Nazihah, 17 dan Puteri Nadia, 7, mempunyai kerjaya tetap yang dapat menjamin masa depan mesing-masing.

“Saya tidak menggalakkan mereka terlibat dalam bidang seni kerana saya sudah melalui pahit manis sebagai seorang pelakon dan ia bukan mudah seperti yang disangka.

“Sebab itu saya mahu mereka mengejar cita-cita dalam bidang lain yang lebih menjamin masa depan,” ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Kuza, setakat ini anak-anaknya tidak menunjukkan minat untuk terlibat sama ada sebagai pelakon atau penyanyi dan telah mempunyai haluan sendiri dalam menentukan masa depan mereka.

“Macam anak saya yang sulung dia sangat berminat dengan dunia kulinari dan sedang menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan saya sebagai ibu menyokong kehendaknya itu,” ujarnya.

Kuza, Kuna & Kuni

Tidak ramai yang mengetahui bahawa YM Tengku Sariza Tengku Muzani (Kuza), YM Tengku Sariwani Tengku Muzani (Kuni) dan YM Tengku Sarina Tengku Muzani (Kuna) sebenarnya adalah adik-beradik.

Mungkin ramai yang tidak perasan kerabat diraja Kelantan ini sebenarnya adik-beradik kerana agak susah untuk melihat mereka ini berlakon di dalam satu drama atau filem yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *