Mila Jirin Ceritakan Apa Yang Terjadi Waktu Pagi Selepas Habis Malam Pertama

Penyanyi Mila Jirin akui menjadi pengantin adalah kenangan lucu yang sukar hendak dilupakan.

Menurut Mila dia ‘dibahan’ teruk sebelum dan selepas malam pertama pernikahannya sehingga dia tersimpul malu.

“Jadi pengantin memang kenangan paling tak dapat lupa, bayangkan….

“Bila esok nak nikah? Harini paling teruk kena bahan dengan family dan kawan-kawan hahahaha “Faham Faham lah”

“Hari nikah tu, kena bahan lagi. Malam tu jangan nak sebut perkataan “Mengantok” hahaha akan dibahan bahan hahah.

“Esok pagi??? Keluar bilik ja semua senyum…kita pun tersipu sipu malu….

“Hahahah itu lah lumrah bila jadi raja sehari,” katanya.

Mila berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto kek dengan tulisan di atasnya ‘Happy Last Virgin Day’.

Mila dalam masa yang sama mempromosikan kek yang dijualnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut mempunyai pengalaman yang sama.

Terdahulu, Mila telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Ailis pada 11 November 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Arif Zikri pada 12 Mei 2017.

View this post on Instagram

Jadi pengantin memang KENANGAN PALING TAK DAPAT LUPA..bayangkan….. – Bila esok nak nikah? Harini paling teruk kena bahan dengan family & kawan2 hahahaha "Faham Faham lah" – Hari nikah tu…kena bahan lagi 🤣 Malam tu jangan nak sebut perkataan "Mengantok" 🥱 hahaha akan dibahan bahan 🤣…. Esok pagi??? Keluar bilik ja semua SENYUM…kita pun tersipu sipu malu…. – Hahahah itu lah lumrah bila jadi RAJA SEHARI 🥳 – Korang ada rasa nak bahan kan kawan kawan atau adik kakak??? Hantar kek jom??? Lepastu letak lah note stylo stylo sikit 🤠 Sekali sekala why not! – KPOP VIRAL CAKE RM39 FREE DELIVERY (1st 5KM) – @cakesmilla.my everyday is our SPECIAL DAY! – Nak order cake?? DM @cakesmilla.my today 🥳

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *