Parodi Terbaru Rancangan Meletop Memang Kelakar Dia Lain Macam

Sedia maklum bahawa bermulanya pada hari Rabu lalu, sekolah sudah mula dibuka buat pelajar yang khususnya bakal menduduki peperiksaan seperti SPM dan juga STPM.

Walau bagaimanapun, pastinya selama tempoh 3 bulan itu pelbagai perkara kurang diingati oleh para pelajar kerana ia merupakan satu tempoh yang bukanlah sekejap.

Biarpun begitu, terbaru seperti biasa rancangan hiburan popular, Meletop tidak melepaskan peluang untuk melakukan parodi tentang sekolah dan ternyata gandingan pelawak dan pelakon Bell Ngasri bersama selebriti wanita, Dottie berjaya menarik perhatian warganet menontonnya.

bell ngasri

Dalam perkongsian menerusi Youtube, parodi yang ditayangkan pada malam tadi ini berjudul Masuk Sekolah Selepas PKP dan seperti biasa Bell Ngasri yang sering melakukan parodi Meletop tidak mengecewakan penonton dengan gelagat lucunya.

Dalam pada masa yang sama, Dottie juga tidak dinafikan turut lucu melalui parodi Meletop terbaru ini sehingga di laman Youtube, mereka berdua menerima pelbagai pujian warganet.

Diruangan komen, ternyata gandingan mereka membuatkan warganet turut mengingati drama gandingan Bell Ngasri dan Dottie dalam kisah berjudul Joyah yang ditayangkan sekitar tahun 2017 disamping memuji keserasian mereka berlakon.

Sumber Asal : HimpunanCeritaLawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *