Berita Baik Untuk Peminjam PTPTN, Bayaran Balik Akan Ditangguhkan

Mengambil kira penularan wabak CO-VID-19, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersetuju menangguhkan semua bayaran balik pinjaman selama tiga bulan semalam.

Pengumuman ini dibuat Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad, dalam satu kenyataan.

Menerusi satu kenyataan media, keputusan ini diambil kerajaan susulan penularan wabak dan perintah kawalan pergerakan semasa yang menjejaskan ekonomi negara.

Berkuatkuasa serta merta

Hari ini pihak PTPTN telah mengeluarkan kenyataan bahawa bayaran balik akan ditangguhkan bermula hari ini 19 Mac 2020.

Mengambilkira kesan wab4k penyakit C0v1d-19 kepada ekonomi negara, yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN, kerajaan telah bersetuju supaya PTPTN menangguhkan pembayaran balik kepada semua peminjam.

Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga 30 Jun.

Selaras dengan penangguhan itu, semua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

Katanya, penangguhan bayaran balik ini berkuatkuasa serta merta sehingga 30 Jun.

Sumber : OH BULAN

berita lain ..

Bomba turut berganding bahu bawa pesakit ke hospital

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu turut berganding bahu membawa para pesakit yang disyaki dijangkiti CO-VID-19 untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Pengarahnya Md Hilman Abd Rashid berkata kira-kira 20 pes4kit telah dipindahkan pihaknya sejak Ahad lalu.

Katanya, kesemua pesakit terdiri daripada penghuni di sebuah madrasah di Kuala Terengganu.

Menurut Md Hilman setiap anggota yang bertugas dalam bantuan C0V1D-19 itu dibekalkan dengan pakaian khas.

“Dari segi keselamatan, anggota kita dibekalkan dengan PPA mencukupi dan kita mendapat maklumat daripada hospital sebelum memasuki kawasan-kawasam kritikal atau red zone dan anggota kita akan dipakaikan dengan PPA yang mencukupi dan setakat ini tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata sebanyak dua buah ambvlan juga disediakan bagi membawa pesakit yang disyaki dijangkiti C0ViiD-19.

Katanya, setakat ini kesemua pegawai dan anggotanya bebas dari sebarang jangkitan virus berkenan.

Jelas Md Hilman, ujian saringan sentiasa dilakukan selepas kesemua mereka selesai melakukan operasi.

Pada ahad, Astro AWANI melaporkan sebuah madrasah di Kuala Terengganu ditutup selama 14 hari bagi mengekang penyebaran C0V1D19.

Difahamkan penutupan madrasah itu dibuat berikutan terdapat ahli tabligh yang singgah di madrasah berkenaan telah disyaki positif C0V1D19 pada pemeriksaan peringkat awal.

Sumber : ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *