Ini Komen PU Amin Tentang Perlantikkan Mufti Wilayah Sebagai Menteri Hal Ehwal Islam

“Sejurus pengumuman pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak, untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana.

“⁣Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar dikurniakan Allah SWT, kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini dengan sepenuh keupayaan saya,” katanya dalam laman sosial Facebook rasmi beliau, hari ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta semua pihak mendoakan beliau agar dikurnia kekuatan untuk memikul amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau yang akan dilantik sebagai Senator bagi membarisi Kabinet baharu, turut berharap dikurniakan kekuatan untuk menggalas kepercayaan terbabit dengan sepenuh keupayaan dirinya.

Zulkifli sekali gus menyifatkan pelantikan itu sebagai babak pertama dan episod baharu yang akan ditempuhi beliau.

KOMEN PU AMIN APABILA MUFTI KL MENJADI MENTERI

Menteri Agama kita semua . Semoga Allah memberi kemudahan , kelancaran kepada SS Ayahanda Dr Zulkifli Al Bakri . Semoga keberkatan Ulama ini akan memberi banyak kebaikan buat Negara Malaysia yang tercinta . Lembut tutur katanya , indah akhlak nya , sederhana gayanya , santai anak muda sikap nya . Moga Allah Swt jadikan Malaysia negara yang Berkat , Sejahtera dan Maju .

KOMEN NETIZEN DI FACEBOOK PU AMIN

Rata rata sudah semestinya menyatakan barisan Kabinet kali ini lebih kukuh dari yang sebelumnya.

PERDANA MENTERI TELAH BUAT PILIHAN YANG TEPAT

Mufti KL turut memetik sebuah hadis daripada ‘Abdullah bin Salam.

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya di tengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong.

“Dan yang pertama beliau ucapkan ialah ‘Wahai sekalian manusia, ⁣pertama, sebarkanlah salam⁣; kedua, berikan makan⁣; ketiga, sambunglah silaturrahim; ⁣keempat, solat di waktu malam ketika orang tidur. Nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Edited: Viddy Media

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *