Selepas 2 Tahun Hati Nazim Othman Akhirnya Terbuka

Aktor Nazim Othman mendedahkan dia sudah terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir pada tahun 2018.

Menurut Nazim, memandangkan usianya sudah memasuki 36 tahun jadi ini adalah masanya untuk menamatkan zaman duda.

“Di usia gangsa ni, tidak ada yang lebih baik yang dapat saya minta selain zaujah saya untuk didekatkan dengan saya. Selepas dua tahun, saya akhirnya membuka hati saya untuk berkahwin.

“Beberapa perkara dalam hidup dipelajari dengan cara yang paling sukar dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan masa lalu saya dan menerima kebijaksanaan yang saya peroleh daripadanya.

“Saya tidak lagi muda, masa berjimba sudah berakhir. Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon drama Monalisa ini turut memohon maaf secara terbuka sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.

“Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, sangat besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia.

“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima.

“Maaf juga kalau ada yang tak berkenan dengan posting ni. Sebilangan besar orang terlalu takut untuk menunjukkan sisi mereka yang lemah kepada orang lain kerana kemungkinan besar mereka melihatnya sebagai tanda kelemahan. Doakan saya. Terima kasih,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

Di usia gangsa ni, there's nothing better I could ask for other than my zaujah to be brought close to me. After 2 years, I finally reopen my heart for marriage. Some things in life are learned the hardest ways and I took full responsibility of my past mistakes and accepted the wisdom I gain from it. I'm no longer young, berjimba time is over. I'm 36 and my time is running out. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya. Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, apakah terlalu besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia. Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima. I'm sorry too kalau ada yang tak berkenan dengan posting ni. Most people are too afraid to show their vulnerable sides to others because most probably they see it as a sign of weakness. On the contrary, from my point of view, being vulnerable until a certain acceptable extent, is a strength. Doakan saya please. Thank you.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *