Selepas Sahaja Mufti Wilayah Persekutuan Dilantik Menjadi Menteri Hal Ehwal Agama Beliau Terus Bergegas Ke Lokasi Ini

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta semua pihak mendoakan beliau agar dikurnia kekuatan untuk memikul amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau yang akan dilantik sebagai Senator bagi membarisi Kabinet baharu, turut berharap dikurniakan kekuatan untuk menggalas kepercayaan terbabit dengan sepenuh keupayaan dirinya.

Zulkifli sekali gus menyifatkan pelantikan itu sebagai babak pertama dan episod baharu yang akan ditempuhi beliau.

“Sejurus pengumuman pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak, untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana.

“⁣Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar dikurniakan Allah SWT, kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini dengan sepenuh keupayaan saya,” katanya dalam laman sosial Facebook rasmi beliau, hari ini.

Ini Kenyataan Penuh Mufti KL merangkap Menteri Hal Ehwal Agama

Babak Pertama, Episod Baharu⁣

1. Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

2. Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.⁣

3. Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak..orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣

1) Sebarkanlah salam⁣. 2) Berikan makan⁣. 3) Sambunglah silaturrahim⁣. 4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,⁣ Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣”

4. Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣

Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.

Sumber : BHARIAN ONLINE / TWITTER Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri @drzul_albakri

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *