Shuib Belanja Semua Orang Lagi, Cawangan Bubblebee Muncul Lagi

Baru-baru ini, Shuib Sepahtu membuka outlet baru di Mydin USJ dan dapat diperhatikan beberapa outlet lagi yang dalam pembikinan untuk pembukaan.

Seperti yang diketahui, dia merupakan antara selebriti yang bukan sahaja popular dalam industri seni tanah air namun tidak disangka-sangka Shuib turut menjadi inspirasi buat orang ramai dalam bidang perniagaan terutama dia berjaya menambat hati pembeli dengan keunikan minuman yang dijualnya, Bubble Bee.

Sedia maklum, keunikan minuman milik Shuib Sepahtu ini kerana ia merupakan minuman boba berasaskan madu dan ternyata mendapat sambutan baik pelanggan yang tidak henti-henti berkunjung ke outlet yang dibukanya.

Walau bagaimanapun, jika baru-baru ini dia membuka outlet kedua di Mydin USJ ternyata dia membuat pembukaan outlet terbaru lagi dimana dia memilih kawasan di Sentul dan kelmarin dia berkongsikan rasa syukur kerana baru sahaja dibuka tetapi sudah ramai yang berbaris di kedainya itu.

Seperti biasa juga, dia tidak pernah lokek untuk belanja pelanggannya yang berbaris panjang di kedai.

“Baru bukak!!! Tapi dah panjang berbaris, Alhamdulillah syukur…”

Dalam perkongsian berkenaan, sikap terbaik Shuib terhadap pelanggan yang datang ke kedai berkenaan dipuji warganet.

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *