Baru Je Kahwin, Zahirah MacWilson Dedah Perangai Pelik Suami Sendiri. Dia Sendiri Tak Sangka

Pelakon Zahirah Macwilson akui kehidupannya kini lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.

Malah, kini dia gembira kerana mempunyai seorang teman hidup yang boleh menemaninya ke mana sahaja.

“Alhamdulilah, ia fasa baru dalam hidup saya tetapi cukup menyeronokkan apabila setiap hari bila kita bangun dari tidur ada orang di sebelah.

“Sebelum ini saya banyak hidup sendiri di Malaysia kerana keluarga menetap di Australia tapi kini saya ada Aiman yang akan sentiasa menemani dan menjaga saya disini,” katanya kepada Gempak.

Zahirah ditemui selepas Majlis Tayangan Gala Fiem Bulan & Pria Terhebat yang diakan di MBO The Starling, malam tadi.

PERANGAI PELIK SUAMI ZAHIRAH

Ditanya apakah sikap atau perkara pelik Aiman yang disedarinya selepas mendirikan rumah tangga, Zahirah mendedahkan Aiman seorang lelaki yang sangat pembersih.

“Saya tak sangka dia seorang lelaki yang sangat kemas dan pembersih. Biasa kita akan fikir lelaki tidak akan sekemas perempuan tapi dia tidak

“Sebagai contoh bila di rumah barang-barang itu tidak boleh sedikit berhabuk pun.

“Tapi saya rasa itu perkara yang baguslah kerana dia pun banyak membantu buat kerja rumah,” katanya lagi.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu selepas tujuh bulan menyelami hati budi dan menyulam cinta bersama.

Mengenai perkembangan lain, Zahirah bakal muncul dalam filem pertamanya Bulan & Pria Terhebat pada 12 Mac ini.

Selain Zahirah, Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *