Tunang Kepada Pelakon Dayana Roza Dedahkan Pesanan Keramat Nenek Dia Untuk Mencari Calon Isteri

Tunang kepada pelakon Dayana Roza, A’dale Adham menyifatkan bahawa bakal isterinya itu merupakan wanita yang cukup sempurna di matanya.

Bahkan, atas sebab itu jugalah dia sanggup berusaha cuba memenangi hati Dayana biarpun pernah ditolak lamarannya untuk menjadikan pelakon tersebut sebagai isteri beberapa tahun sudah.
“Orang kata, kalau ibarat kereta tu, memang ikut spesifikasi yang saya mahukan.

“Cuma, bunyi tu yang saya kena tukar sikit. Malah, saya pernah cakap dengan dia ‘ingat, satu hari nanti saya akan kahwin dengan awak juga’,” ceritanya kepada Astro Gempak

PESANAN NENEK DIA UNTUK MENCARI CALON ISTERI

Menurut A’dale lagi, dia juga memilih Dayana kerana mengikut kriteria seperti yang dipesan oleh arwah neneknya.

“Sebelum ni, arwah nenek kata kalau nak cari (isteri), cari yang putih. Dayana pun putih, jadi, okaylah tu.

“Paling penting, dalam banyak-banyak perhubungan sebelum ni, dia seorang sahaja yang tahan dengan hobi saya yang suka memancing sebab hobi saya ini agak lasak. Saya suka laut, belayar,” ceritanya.

Semalam, Dayana, 29, mengikat tali pertunangan dengan A’dale, 33, selepas mereka mula menjalin hubungan cinta sejak awal tahun.

Bagaimanapun, pasangan itu mengakui sudah berkawan sejak enam tahun lalu menerusi seorang rakan.

Pasangan itu dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada pertengahan Disember nanti.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *