Seluruh Dewan Sebak Bila Ustaz Ebit Lew Tanya Pada Kanak Kanak Ini Sejak Bila Tiada Kaki. Ini Pesanan Ustaz Ebit Lew

DIUJI dengan ketiadaan kedua-dua belah kaki sejak lahir, kemunculan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dalam video ceramah pendakwah Ustaz Ebit Liew ternyata mengundang air mata netizen.

Duduk di atas kerusi roda bersebelahan kakaknya, kanak-kanak yang mesra disapa Dhiya itu dihampiri Ebit dalam Program Kembara Intelek Dan Sahsiah yang berlangsung di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Menjawab soalan Ebit, Dhiya mengakui pernah menangis dan berasa ‘kurang’ berbanding insan biasa yang lain.

Namun kata pendakwah itu, tiada apa kekurangan pada diri Dhiya, malah dia sekadar diuji kerana disayangi Allah.

“Biar ustaz beritahu, awak langsung tak ada apa-apa kurang. Awak sempurna di sisi Allah. Dia sayang kat awak. Walaupun awak darjah 3, tapi awak matang, cerdik.

“Daripada tadi bila ustaz ceramah, awak pandang je muka ustaz. Awak macam orang besar. Awak cerdik, sebab apa yang awak lalui ni tak senang… susah.

“Jadi ustaz sayang kat awak macam anak saya sendiri. Anak saya umur 10 tahun. Saya tengok awak, saya ingat anak saya dekat rumah,” kata Ebit.

Perbualan antara Dhiya dan Ustaz Ebit ternyata meruntun hati netizen yang menonton.

Duduk di hadapan kerusi roda kanak-kanak itu, kata-kata Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew ternyata membuat air mata Dhiya bergenang.

Sambil memegang sebatang pensil, dia kelihatan mengelap air mata yang mengalir di pipi.

Menurut Ebit, dia pernah melihat ramai insan yang mengalami nasib sama, malah lebih teruk berbanding Dhiya.

Namun katanya, individu-individu itu menggunakan kekurangan mereka untuk melakukan dakwah Islam.

“Ustaz pernah tengok ramai orang adik, dia tak ada kaki tangan, tapi dia boleh Islamkan ramai manusia dalam dunia.

“Awak nak sambung dakwah nabi? Orang tengok awak pun buat dia rasa nak masuk Islam, nak kenal Allah… awak dakwah dia.

“Jadikan kesedihan ni buat adik jadi kuat. Ustaz sayang dekat awak. Awak ingat tau, Allah sayang awak.

“Semua terjadi, ada satu jawapan. Sebab apa? Sebab dia sayang dekat awak,” kata Ebit kepada Dhiya disaksikan tetamu lain dalam majlis itu.

Di penghujung video, Ebit turut meminta kakak kepada Dhiya, Maisarah untuk memeluk adiknya.

Video yang dimuat naik di Facebook Ebit pada Ahad itu menerima lebih 149,000 tanda suka (like).

Sebab Allah sayang

Sebak menangis rasa. Adik Dhiya cantik comel ni tiada kedua belah kaki semenjak lahir. Ya Allah. Dari mula sampai akhir duduk depan sekali. Khusyuk mendengar. Sepanjang ceramah menangis dan tekun mencatat semua isi ceramah saya. Periksa dapat A jer. Ya Allah betapa baiknya anak ini.Berilah kekuatan padanya. Jagakanlah Dhiya ini terus kuat dan panjangkan umur berkat rezeki umur menjadi matahari hidayah. Tersebarnya Islam ke seluruh dunia. Berjuta rahmat yang kau beri pada anak dan ibu bapanya, berilah sedikit rahmat buat diriku. #ProkidsIpohSemoga perjalanan ini menjadi asbab kebaikan. Doakan minggu depan Prokids di Terengganu, Kuantan dan seterusnya di Sabah, Sarawak, Johor, Melaka dan di KL. Jemput bersama daftar di : Online : https://transformjiwa.com/prokids-tour WhatsApp : wasap.my/60173666848/Prokids

Posted by Ebit Lew on Sunday, March 8, 2020

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen, mengakui bersimpati dengan kisah Dhiya.

“Allahuakhbar… tiada kecacatan pun di mata Allah. Sangat cantik dan sempurna adik ini. Semoga adik Dhiya terus kuat semangat untuk mengharungi hidup.

“Awak cantik sangat nak. Mak cik doakan awak bahagia dunia akhirat.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *